hantuayaq

it's my life... karau jangan tak karau....

Monday, December 21, 2009

camping, fishing, hiking at kerachut beach

trip berkhemah oleh ahli2 soket di pantai kerachut, penang...... dirancang agak rapi namun kesibukan, cuaca dan kelupaan menggagalkan plan awal yang dirancang..... hiking ke lokasi ditukar ke hiking ke bot....
ikuti kisah sebalik khemah 'kem musim hujan' soket....

chef terkenal di medan soket (amat mashyur dengan macam2 resepi masakan keluang) 'Chef KELUANG BOY' memulakan sesi memanggang ayam berempah yang diperap khas dari tanah besaq (carre4).... nasib bek ayam perap, kalu keluang perap??? errrk...

kawad kaki ketika mengambil makanan... agak sumbang langkahnya kerana perut lapaq...

skill teknik lompatan sungai rejang didemontrasikan khas oleh bekas pemenang pingat gangsa sukan omimpika, MUSKETEER) .......eeeerrrk...

chef teringat rakan chefnya di seberang...

gaya posing atas batu smbil mncari signal tepon oleh AN

mentera dibaca oleh MUSKEETER dan AN sebelum tido kerana ketakutan bila dapat undian tido sebelah tok batin.... kelihatan tok batin bersikap lewa smbil menyumpah seranah tepon chinanya.... rupanya tok batin juga membaca mentera namun menteranya dbaca ketika tido smpai ke pagi.....

adanya tok batin MIN membuatkan perjalanan hiking laluan kerbau kami selamat dari sebarang gangguan.. tongkatnya dihentak ketanah sehingga signboard belakang bersinar akibat aura panas yg keluar dari kepala tok batin... malangnya tongkat hikmatnya dilarikan jin dempol ketika tiba di laluan akhir... rupanya tongkat hikmatnya itu sebenarnya tok batin kebas di kawasan pantai ketika mencari gelombang2 maya untuk berkomunikasi dengan bunian di tanah besar...

chef tidak kelihatan kerana dia menggunakan laluan laut... sempat lagi dengarnya dia menyelamatkan duyung yang tergelincir pasai kaki x balance.....

tensennya..... sampai abis cerita gambaq aku sekeping pun xdak..... arrgghhh....
xpelah... janji kitorang selamat pi dan balik dengan jayanya...
SEKIAN

Thursday, December 3, 2009

sukhoi 2 (7.11. 2009)


Trip ni aku p kola dulang sorang2.. he.. he... pasai bangkit tdoq lmbat...Geng tunggu pukoi 3 kat hentian plaza tol sg dua, aku bangkit pukoi 4... adoi..... kena maki lar aku nanti ngan geng2 cikgu jamil (balik pulau)...

15 ekoq sukhoi berjaya ditumpaskan(geng bot 1)...
berdiri dari kiri ckg G, ustaz Harun, ckg rudi, hj Rahman Yob dan abg Omar.
duduk dari kiri, ckg Wan, ckg Jamil (Kapten) dan ckg Rahman.

Hj Rahman Yob

26 ekoq sukhoi berjaya ditumpaskan(geng bot 2)...
dari kiri, aku, wan, azam, jamil dan ustaz harun.

bot 1


aku berjaya menumbangkan 5 ekoq sukhoi...


Jamil selaku kapten trip dan kapten sukhoi pasai berjaya menumpaskan sebanyak 7 ekoq sukhoi....


masa bertolak lbh kurang 7.30 pagi.... tinggai bot kami saja dok kat kola... hat lain ada yg kluaq seawai jam 6 pagi lagi..... pasai pa tah bot kami kluaq lambat.... he....
lagi dua tiga puluh minit kata tekong aie takleh kluaq lar pasai ayaq surut...

ceria masa ambik gambaq....
masa sblm dan slps ambik gambaq, masing2 muka macam singa dok marah aku mai lambat... baju hitam, ckg Johari.

hasil keseluruhan 41 ekoq ( 2bot).... berkat kelambatan aku.. he.. he..
ALHAMDULILLAH....

sukhoi 1 (31.11. 2009)


Sesi loading kelengkapan ke dalam bot. Suasana pagi dgn cuaca yang begitu baik, harapan agar keadaan ini membawa ke petang.

Antara kelengkapan perang.

Mula bergerak ke padang peperangan. Kelihatan gugusan pulau di kejauhan, pulau bidan, pulau telur dan pulau sonsong.

Singgah ambik sotong mengabang buat umpan jenahak, kata tekong.

Tukun buluh atau unjam buluh.. dikenali ramai di utara sebagai TUAS.. haa… nilah padang berhimpunnya sukhoi.

Sesi bergambaq ngan sukhoi.. orang punya... hu.. hu..

Keberangkatan pulang ke kuala.


Hasil keseluruhan. Sukhoi 4 ekoq. Sekoq dikorbankan atas bot.

ranggah















Ini merupakan trip yang tidak dirancang. Ahli komplot hanya depo k dan anuar aje. So pada pagi 29/11/2009 terima sms dari anuar mengajak aku turun memancing udang galah di sungai krian. Seperti dirancang kami bertemu di kedai roti canai kat tepi sungai. Kami terus bergerak ke pengkalan anuar kat belakang rumah rizal member anuar. Kami sampai kat pengkalan pada jam 0950pagi tanpa berlengah kami berdua terus aje berjuang dengan menggunakan bot fiber secondhand yang baru dibeli oleh anuar dan enjin 3 kuda yamaha dan kelengkapan pertempuran yang canggih. Kami hanya menggunakan umpan udang pasar.Tetapi air kurang cantik sehingga jam 1530hrs kami hanya mendapat 1kg udang galah aje apa pun tepat jam 1540hrs kami terus balik ke pengkalan dengan hasil tangkapan 1kg aje apa pun kepuasan memancing adalah menjadi keutamaan kami berdua. Apa pun terima kasih pada anuar yang sudi mengajar aku untuk trip kali ini.

-copy/paste dari depo-k ( http://teampancingkkb.blogspot.com )-