memancing sekitar sangkar-sangkar peliharaan ikan sangat berpotensi menghasilkan ikan-ikan yg komersial dan berdaya juang tinggi... jangan kerana membayangkan bahawa kecetekan serta keramahan ikan memberikan perlawanan mudah yang agak mengecewakan.. namun sebaliknya... kesukaran menaikkan ikan ditambah lagi kita terpaksa berdepan dengan struktur sangkar seperti tali sauh yg mengikat sangkar, tiang pancang, dan sebagainya bakal meningkatkan tahap adrenalin kita ke aras bahaya... hehehe...
perhatikan tali2 sauh yang mengikat struktur sangkar ke tiang untuk mengekalkan kedudukan sangkar statik di tempat / lokasi sepatutnya... tali yg penuh dgn teritip ini merupakan pemusnah harapan pemancing menaikkan ikan jika tali bergeser dengannya...
paling banyak, ikan sebelah kiri.... |
arus aliran air juga perlu diambil kira... umpan mestilah ke arah sangkar.. paling terbaik jika umpan dapat dihulurkan hingga ke bawah sangkar...
sekadar hiasan saja.. hehe... |
set pancing sebaiknya perlulah tahap medium... pada saya siri 3000 ke atas spinning... lagi kasar lagi baik... ini kerana kita perlu mengekang pergerakan ikan agar tidak berputih mata apabila spool tdk berhenti berpusing... mainline juga hendaklah level medium hingga sekasar mungkin... pada saya 40lb ke atas... ini untuk mengelakkan peratusan putus yang tinggi akibat bergeser dengan struktur sangkar...
perambut biasa tekong di sini hanyalah ladung hidup saiz 7 - 9, swivel dan perambut kail sepanjang sedepa... mata kail saiz besar 4/0 - 6/0....... besar wooo...
saya selalu menggunakan kail saiz 16, 17 (daichi).... *akan dirujuk kemudian...
merah paling banyak mendominasi hasil tangkapan... selalunya setiap bot yang keluar pasti akan memperolehi ikan merah... kebanyakan pemangsa dijerat menggunakan teknik bottom..
senangin dan siakap pula selalunya dinaikkan melalui teknik apung.. mainline - swivel - perambut... tiada batu ladung digunakan.. boleh juga menggunakan pelampung atau belon...
sediakan 1 peralatan yg agak kasar untuk menjerat pemangsa kasar seperti pari...
*info dari tekong dan pengalaman...
senangin dan siakap pula selalunya dinaikkan melalui teknik apung.. mainline - swivel - perambut... tiada batu ladung digunakan.. boleh juga menggunakan pelampung atau belon...
sediakan 1 peralatan yg agak kasar untuk menjerat pemangsa kasar seperti pari...
*info dari tekong dan pengalaman...