hantuayaq

it's my life... karau jangan tak karau....

Monday, April 25, 2011

aku dan jenggo - tips

1. tukar umpan baru jika kotor atau sudah tinggal sedikit.. elakkan guna umpan yang lama, busuk atau sudah kemerahan..

2. selalunya umpan di bawah bot atau di lubang2 pokok tepi bot akan menghasilkan udang galah yang kasar..
3. rajin-rajinlah berpindah ke lokasi baru

4. tukar mata kail baru sekerap yang boleh.. pastikan ketajaman kail...

5. sediakan mata kail pelbagai saiz...

6. gunakan tali perambut yang berwarna gelap..

gambaq
7. guna kaedah 2 mata kail jika lokasi tiada banyak reba (sampah, kayu, dll) di dasar..

8. jika air mati (tiada arus) dan keruh, carilah lokasi berkuala... dimana air sungai kecil bercampur dengan air sungai utama serta ada arus aliran air yang sedikit..

9. coverlah area lokasi pancingan sepenuhnya... cthnya dibawah bot, tepi tebing, tengah sungai, balingan jauh dan dekat, dll... jika banyak ragutan di tengah, banyakkan balingan rod ke kawasan tengah...

**to be continued....


Saturday, April 23, 2011

aku dan jenggo - info


set memancing udang galah perlulah ringan.. kekili kecil yang lancar berkemampuan menggulung tali sepanjang 50 hingga 100 meter tali... rod lembut sepanjang 3 hingga 5 kaki (bagi pemancing yang menggunakan sampan atau bot, selalunya disediakan dua saiz panjang rod.. rod agak pendek digunakan berdekatan dan rod panjang untuk huluran jauh)

tali utama berkekuatan antara 8lb hingga 10lb sudah mencukupi untuk keseronokan melayan cagutan udang galah.. batu ladung saiz 4 hingga 6 mengikut arus air sungai.. selalunya kaedah ladung 'hidup' lebih efektif daripada ladung 'mati' untuk mengesan cagutan udang...

tali perambut mestilah berkekuatan lebih rendah dari tali utama, ini untuk mengurangkan kerugian jika tersangkut (tali utama, ladung dan pin tak perlu diganti jika perambut yang putus)... perambut sepanjang sejengkal atau lebih sikit disambung ke mata kail.. saiz mata kail pilihlah 2 atau 3 saiz yg sesuai, tukar ke mata kail saiz lain jika selalu berlaku rabut...

berbagai-bagai umpan digunakan untuk menjerat udang galah... antara yang efektif ialah udang beras hidup.. udang pasar, perumpum, cacing tanah... lain-lain seperti ikan gopi, hati / jantung ayam dan hirisan isi ikan..

udang beras / gantung (udang sauk) boleh diperolehi di tepi-tepi tebing parit atau alur sungai... cangkuk dari ekor ke kepala.. buang kepala jika umpan udang agak besar...

jika malas mencari udang hidup, udang mati di market boleh digunakan... buang kepala dan kulitnya, potong kecil-kecil... sedikit garam digaul jika terlalu isi terlalu lembut.. garam juga dapat mengekalkan ketahanan umpan lebih lama..

Wednesday, April 20, 2011

pengurusan stok udang

En Ridzuan (PPA-Pusat Penyelenggaraan Alat) sempat lagi posing sebelum bertugas memeriksa dan memantau pengendalian pengurusan stok2 udang sungai kerian..

senyuman diwajahnya menunjukan stok aset udang telah diurus dan diselenggara dengan baik

pujian diberikan kepada penjaga aset udang kerana simpanan stok yang agak cemerlang

sedikit kesalahan pengurusan stok telah dikenalpasti.. kelihatan pemantau memalingkan muka kerana agak geram sedikit..

stok2 yang telah ditimbang (500g), diperiksa dan diselenggara rapi oleh pemantau..

(p/s : beliau juga telah memantau dan menguruskan aset tetap aku berupa sebuah lighter berwarna putih berjenama cricket.. rasa-rasanya lar..)

Tuesday, April 5, 2011

BERITA TERKINI XTEAM

Trip Miri Sarawak by Kapten J

diberitakan keadaan laut agak beralun kuat... namun jika dah rezeki takkan kemana.. nantikan laporan penuh di forum UAT....

**repot kuar dah... klik sini