still in RnD.. |
xteamtackles
hantuayaq
it's my life... karau jangan tak karau....
Friday, March 6, 2015
Thursday, May 30, 2013
jenggo pinarello
sehari berbasikal 'pinarello' amat meletihkan... ditambah pula dengan keadaan cuaca dunia sekarang yang semakin panas menghitamkan lagi warna kulit yang sememangnya hitam.. namun dengan segala kudrat dan kegigihan akhirnya memberikan kepuasan yang tidak terhingga.. memberikan hasil yang boleh dibanggakan.. memberikan pengalaman serta pengajaran yang berharga... memberikan zerek semuanya....
Monday, May 13, 2013
sukhoi 4
Tuesday, May 7, 2013
adun tuas ziarah
teruk btui aku ni.. smpai tuan hayden ngan tuan aji2san kena mai rumah kejut aku nk pi mengudang.. hahaha... tp tu ar... selalu dok turun pun paling awai pukoi 9.. selalunya pukoi 10.. haha...
k.. skip sarapan pagi kami kena roti canai kat p.buntaq... teruih repot ataih sampan la...
jeng.. jeng...
awai2 tunjuk dah aura dia... |
dia lagi.. argghhhhhh.... |
argggghhhhhhhhhhh... tp ada jugak aku peratikan, sblm dan semasa memasang umpan dan melontar rod, kumat kamit mulut tuan aji2san.. mungkinkah ada baca2.. pasti...
kasut saiz budak tadika ja tu... |
yang terbesaq hari ini... cer kalau besaq kasut tu body dia.. huuuuuuu....
hasil keseluruhan.. aji2 2 ekoq gmbaq atas tu ja.. hat len semua kami penaik... haha.. |
27 ekoq semua, terbaik gak la kalau nak bandingkan dgn faktor air... banyak haluih2... tuan aji2san cempion la, hat kasaq2 semua dia... grrrrr.....
yb hayden (sp), hantu sakit kulit, yb aji (yan).. terbaekkkkkkk... |
apapun.. sesi dari pagi smpai ptg ni mengeratkan ukhwah sesama kami... meracun tuan hayden smpai nk beli rod udang.. menuba tuan aji2san sampai nk kembali menjengok sg,kerian pd sabtu mendatang...
aku... menyebarkan virus / bakteria / kutu kepada depa dua.... haha.. jenuh garu la pasni.. gelak sgt kat aku... ada gelak ka???
ps/ sori pasai minyak abis... haha.. kita banyak melancong ritu...
aku... menyebarkan virus / bakteria / kutu kepada depa dua.... haha.. jenuh garu la pasni.. gelak sgt kat aku... ada gelak ka???
ps/ sori pasai minyak abis... haha.. kita banyak melancong ritu...
Thursday, April 11, 2013
sangkar - info n tip
memancing sekitar sangkar-sangkar peliharaan ikan sangat berpotensi menghasilkan ikan-ikan yg komersial dan berdaya juang tinggi... jangan kerana membayangkan bahawa kecetekan serta keramahan ikan memberikan perlawanan mudah yang agak mengecewakan.. namun sebaliknya... kesukaran menaikkan ikan ditambah lagi kita terpaksa berdepan dengan struktur sangkar seperti tali sauh yg mengikat sangkar, tiang pancang, dan sebagainya bakal meningkatkan tahap adrenalin kita ke aras bahaya... hehehe...
perhatikan tali2 sauh yang mengikat struktur sangkar ke tiang untuk mengekalkan kedudukan sangkar statik di tempat / lokasi sepatutnya... tali yg penuh dgn teritip ini merupakan pemusnah harapan pemancing menaikkan ikan jika tali bergeser dengannya...
paling banyak, ikan sebelah kiri.... |
arus aliran air juga perlu diambil kira... umpan mestilah ke arah sangkar.. paling terbaik jika umpan dapat dihulurkan hingga ke bawah sangkar...
sekadar hiasan saja.. hehe... |
set pancing sebaiknya perlulah tahap medium... pada saya siri 3000 ke atas spinning... lagi kasar lagi baik... ini kerana kita perlu mengekang pergerakan ikan agar tidak berputih mata apabila spool tdk berhenti berpusing... mainline juga hendaklah level medium hingga sekasar mungkin... pada saya 40lb ke atas... ini untuk mengelakkan peratusan putus yang tinggi akibat bergeser dengan struktur sangkar...
perambut biasa tekong di sini hanyalah ladung hidup saiz 7 - 9, swivel dan perambut kail sepanjang sedepa... mata kail saiz besar 4/0 - 6/0....... besar wooo...
saya selalu menggunakan kail saiz 16, 17 (daichi).... *akan dirujuk kemudian...
merah paling banyak mendominasi hasil tangkapan... selalunya setiap bot yang keluar pasti akan memperolehi ikan merah... kebanyakan pemangsa dijerat menggunakan teknik bottom..
senangin dan siakap pula selalunya dinaikkan melalui teknik apung.. mainline - swivel - perambut... tiada batu ladung digunakan.. boleh juga menggunakan pelampung atau belon...
sediakan 1 peralatan yg agak kasar untuk menjerat pemangsa kasar seperti pari...
*info dari tekong dan pengalaman...
senangin dan siakap pula selalunya dinaikkan melalui teknik apung.. mainline - swivel - perambut... tiada batu ladung digunakan.. boleh juga menggunakan pelampung atau belon...
sediakan 1 peralatan yg agak kasar untuk menjerat pemangsa kasar seperti pari...
*info dari tekong dan pengalaman...
Monday, April 1, 2013
merah 2
Thursday, March 21, 2013
SUKHOI 3
alhamdulillah.. trip ketiga mengejar sukhoi sudah selesai dan selamat dlm perjalanan pergi dan balik... namun kegagalan menjerat walau seekor sukhoi menghantui sesi trip... apakan daya, usaha tanpa mengenal jemu masih lagi gagal menghasilkan kejayaan..
akan kami cuba dan usaha lagi pada trip akan datang....
Subscribe to:
Posts (Atom)